APA ITU WEB 2.0?
Video 1: Web 1.0 vs Web 2.0
Video 2: Pengenalan Web 2.0
Istilah Web 2.0 diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004 sebagai teknologi Web generasi kedua iaitu satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web sebagai platform yang boleh dilayari secara langsung untuk kolaborasi, pengkongsian dan eksploitasi maklumat secara online. Hasil gabungan aplikasi Web 2.0 serta kemajuan alat telekomunikasi seperti jalur lebar (broadband) dan WiFi sebagai perantara untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang lebih interaktif. Aplikasi Web 2.0 boleh diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta mobil melalui telefon pintar, tablet dan lain-lain peranti yang boleh dihubungkan dengan internet.
Istilah Web 2.0 adalah yang berkaitan dengan aplikasi web yang memudahkan perkongsian maklumat penyertaan, saling boleh kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna, dan kerjasama di “World Wide Web”. Berbanding penggunaan aplikasi Web 1.0 yang amat terhad, aplikasi Web 2.0 menyediakan platform kepada pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pencipta kandungan yang dihasilkan pengguna dalam komuniti maya. Ini berbeza dengan laman Web 1.0 di mana pengguna adalah terhad kepada tontonan yang pasif kandungan yang diciptakan untuk mereka. Secara mudahnya, perjalanan web 1.0 adalah lebih statik dan sehala. Pengguna hanya mampu untuk mendapatkan maklumat yang disediakan oleh webmaster dan sekiranya maklumat tersebut tidak ditemui, maka pengguna akan beralih ke laman web yang lain berbeza dengan web 2.0 yang bersifat tidak terhad kepada satu arah sahaja tetapi lebih kompleks sehingga bersimpang siur antara satu sama lain dimana pengguna berupaya untuk berkongsi sebarang maklumat, berkolaborasi dan mengeksploitasi maklumat yang dikongsi bersama. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara tidak formal. Berikut disertakan perbezaan antara Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0:
Penggunaan teknologi Web 2.0 sesuai untuk diaplikasikan dalam pendidikan kerana mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi sosial. Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan pengintegrasian teknologi Web 2.0 seperti blog dan wiki di dalam persekitaran pembelajaran berkesan untuk meningkatkan kepuasan pelajar, meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik. Berikut adalah peranan pelajar dalam menggunakan aplikasi web 2.0 dalam pendidikan:
A) Pelajar Sebagai Penyumbang Kandungan
Keupayaan untuk mencipta serta memanipulasi maklumat seperti yang terdapat dalam Wiki, blog dan podcast membolehkan pelajar untuk memanipulasi maklumat yang dipaparkan, membekalkan maklumat tambahan dan seterusnya menyebarkannya kepada orang lain. Dengan kaedah ini secara tidak langsung pelajar itu sendiri telah mengalami proses pembelajaran kendiri dan ia juga membekalkan maklumat kepada masyarakat sejagat.
B) Pelajar Sebagai Penyumbang Aktiviti Pembelajaran Dua Hala
Menerusi web khususnya melalui ruang forum, pelajar boleh melakukan aktiviti tambahan seperti perkongsian idea, bahan dan sebagainya. Penggunaan ruang forum maya yang terancang, aktif dan kreatif menyokong kepada pembentukan telaga ilmu dalam sesuatu bidang. Teknologi dinamik ini dapat menghasilkan aktiviti pembelajaran dua hala atau lebih kepada maya (virtual) dan aktif.
C) Pelajar Sebagai Pengkritik
Dengan menggunakan aplikasi web 2.0, pelajar boleh menyumbang idea sebagai pengkritik. Sebagai contoh kenyataan akhbar atau teks ucapan boleh dijadikan bahan kritikan. Guru berperanan menyediakan bahan untuk membuat kritikan. Dalam hal ini, guru perlu bijak menilai bahan yang bersesuaian untuk dijadikan bahan kritikan. Kritikan dengan sokongan dari kajian literatur akan menyumbang kepada penjanaan ilmu dan kemahiran pelajar kepada tajuk atau bidang tersebut. Aktiviti ini menggalakkan pelajar kepada penerokaan ilmu yang berkaitan dengan bahan atau subjek yang hendak dikritik disamping bijak berhujah mengenai sesuatu isu.

Jadual 1: Perbezaan antara Web secara Umum
Jadual 2: Perbezaan antara Web dalam konteks Pendidikan

CONTOH-CONTOH APLIKASI WEB 2.0
Rajah 4: Contoh-contoh Aplikasi Web 2.0 Berdasarkan Kegunaannya I
Rajah 5: Contoh-contoh Aplikasi Web 2.0 Berdasarkan Kegunaannya II
UJI PENGETAHUAN ANDA!
Sila akses kedalam laman padlet dibawah untuk menyertai aktiviti yang disediakan:
No comments:
Post a Comment