Tuesday, 5 May 2015

TOONDOO



III.                ToonDoo
ToonDoo merupakan satu aplikasi dari Jambav yang digunakan untuk mereka komik berunsur pendidikan yang menarik dan  menyeronokan untuk kanak-kanak. Aplikasi ini direka untuk mewujudkan keunikan yang pelbagai dalam permaianan dalam talian dan disesuaikan dengan permainan dalam talian yang berunsurkan pendidikan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang memiliki gaya pembelajaran yang berbeza (ToonDoo, 2012).  Di samping itu, ToonDoo juga merupakan aplikasi yang direka untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai bakat melukis untuk mereka komik mengikut kreativiti tersendiri.

Kelebihan Menggunakan ToonDoo
  1. Menarik – Warna yang pelbagai dan bentuk karakter yang comel serta mempunyai pelbagai pilihan, mampu member peluang kepada pengguna untuk menghasilkan komik yang menarik dan menyeronokkan
  2. Interaktif – Penggunaan ilustrasi komik dapat menggalakkan pembelajaran interaktif iaitu pengguna dapat membaca komik yang menarik sambil mempelajari sesuatu yang berunsur pendidikan.
  3. Fleksibel – Alpikasi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak mahu pun golongan dewasa dan pendaftaran adalah percuma.
  4. Kreatif dan Inovatif – Pengguna boleh mereka komik mengikut kreativiti dan inovasi mereka yang tersendiri walaupun tidak memiliki bakat untuk melukis komik. Selain itu, pengguna juga berpeluang berkongsi dan membaca komik pengguna lain yang turut menggunakan ToonDoo.

Kelebihan Menggunakan ToonDoo dalam pendidikan:
  1. Ilustrasi komik yang menarik dan santai dapat menarik minat dan perhatian pelajar khususnya pelajar yang sukar menumpukan perhatian di dalam kelas.
  2. Penggunaan komik dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran yang berunsurkan konsep seperti Sains (Hong et al., 2005; Wright, G., & Sherman, R., 1999) . Hal ini kerana, pengajaran menggunakan kaedah konvensional menyebabkan ramai pelajar sukar memahami konteks atau teori yang diajar kerana cepat berasa bosan dan hilang motivasi. Namun dengan menggunakan ilustrasi bergambar seperti komik, boleh meningkatkan motivasi pelajar dan ayat komik yang mudah pula dapat membantu pelajar memahami konsep yang sukar (Wright, G., & Sherman, R., 1999).
  3. ToonDoo juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan pengkongsian maklumat dalam kalangan pelajar. Guru boleh menggunakan ToonDoo sebagai alat untuk kerja secara berkumpulan dalam kalangan pelajar (Wright, G., & Sherman, R., 1999). Misalnya, dalam pendidikan seni guru boleh meminta murid bekerjasama dalam kumpulan untk mereka komik pendidikan yang mempunyai unsur humor. Selain itu, komik yang direka menggunakan ToonDoo juga boleh dikongsi dengan pelajar lain melalui laman sosial seperti Facebook.
  4. Penggunaan ToonDoo juga boleh memenuhi keperluan pelajar yang memiliki gaya pembelajaran yang berbeza.
  5. Selain itu, rekaan komik melalui ToonDoo juga dapat digunakan untuk membantu pelajar khususnya kanak-kanak untuk belajar membaca di samping menggalakkan budaya membaca dalam diri mereka (Wright, G., & Sherman, R., 1999).


Langkah-langkah untuk menggunakan ToonDoo adalah seperti berikut:


















AKTIVITI


Dengan menggunakan aplikasi ToonDoo, reka satu komik  yang bertemakan "ALAM SEMESTA". Komik yang direka haruslah merangkumi perkara berikut:

  1. SATU MUKA SURAT SAHAJA.
Setelah selesai, kongsi komik anda di Padlet berikut: http://padlet.com/lilywhite_2567/n7k9fxhk5se0






No comments:

Post a Comment