Padlet
Padlet ialah web
kolaboratif yang membolehkan pelajar menjadi seorang penghasil dan juga pada
masa yang sama seorang pengguna dan bukan hanya sebagai seorang pengguna biasa
(Sharon Tonner, 2011 dalam Mohammed Amin Embi, 2013). Padlet juga merupakan
ialah aplikasi internet yang membolehkan pengguna menyiarkan pendapat mereka
mengenai suatu topik umum dengan nota lekat elektronik pada dinding digital
yang dikongsi bersama. Malah, pengguna juga boleh menggabungkan imej, audio
atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai (Sharon Tonner, 2011
dalam, Mohammed Amin Embi, 2013). Selain itu, Padlet juga boleh digunakan
sebagai buku elektronik untuk mencatat nota peribadi, menyenaraikan perkara
yang perlu dilakukan, ruang untuk menyampaikan maklum balas dan sebagainya (Mohammed
Amin Embi, 2013).
Kelebihan Padlet.
- Menarik
- Interaktif
- Kolaboratif
- Memberi peluang kepada pengguna untuk menggawal aktiviti mereka.
- Peluang sama rata untuk semua pengguna dalam kumpulan yang sama menyumbang idea dan maklum balas.
- Satu dinding boleh memberikan ruang maklum balas secara individu apabila satu keputusan perlu dibuat melalui undian ahli kumpulan.
- Satu dinding yang boleh menjejak status perkembangan suatu tugasan bagi setiap ahli kumpulan.
Kelebihan Menggunakan Padlet dalam
Pendidikan (Mohammed Amin Embi, 2013).
- Membolehkan pelajar turut serta dalam perbualan kolaboratif.
- Melakukan aktiviti sumbang saran.
- Membenarkan pelajar mengakses semula perbincangan dan idea-idea selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan ruang interaktif yang menggabungkan teks, audio dan visual.
- Menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep secara formatif.
- Membolehkan pelajar membuat ringkasan tentang kefahaman pembelajaran mereka dengan jumlah huruf yang terhad.
- Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berinteraktif kerana pelajar boleh memberikan respons menggunakan alat mudah alih yang mempunyai capaian internet.
- Membolehkan guru menyesuaikan input mereka berdasarkan maklum balas pelajar.
- Menjadikan input lebih berbentuk aktif daripada pasif.
- Membenarkan pelajar memberikan sumbangan kepada aktiviti pembelajaran secara segerak atau tak segerak.
- Satu dinding digital yang membolehkan pelajar mencatat nota semasa mengumpul maklumat dan membenarkan orang lain dalam kumpulan menggunakan maklumat tersebut.
*Rujuk laman web Five Ways to Use Padlet in the Classroom untuk maklumat lanjut.
AKTIVITI
Reka satu bahan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan aplikasi Padlet. Bahan yang direka haruslah mempunyai perkara yang berikut:
- Terdapat unsur komunikasi dan kolaborasi.
- Menarik
- Gambar
- Video
- Nota sampingan (cth: slideshow, peta, dokumen dll)
- Link URL
- Aktiviti.
Setelah selesai, kongsi bahan pengajaran dan pembelajaran anda di Padlet berikut:
http://padlet.com/lilywhite_2567/n7k9fxhk5se0
http://padlet.com/lilywhite_2567/n7k9fxhk5se0
No comments:
Post a Comment