APA ITU EDUCREATION ?
Aplikasi Educreation merupakan salah satu web 2.0
yang boleh diguna pakai dalam pelbagai urusan khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran abad-21. Berdasarkan buku 40
Aplikasi Terpilih Web 2.0 hasil karya Mohamed Amin Embi (2014),menyatakan Educreation merupakan salah satu
kumpulan komuniti guru dan pelajar yang terbina secara maya iaitu dalam talian.
Educreation mempunyai aplikasi
papan putih yang boleh dirakam untuk laman web dan iPad. Oleh itu, ia akan
memudahkan proses rakaman dan setiap penggunaan video yang dirakam boleh
dikawal dari penggunaannya. Selain itu pengguna juga dapat berkongsi video
rakaman tersebut dengan mudah khususnya bagi kegunaan dalam pendidikan. Jika
diteliti, aplikasi educreation ini
sebenarnya membawa banyak manfaat kepada pengguna.
KELEBIHAN EDUCREATION
- Merakam suara pengguna dan memainkan semula rakaman, tulisan dan pengguna tersebut.
- Memuat naik gambar daripada kamera Ipad, album gambar atau Dropbox pengguna.
- Membina imej animasi dengan melarik imej sewaktu melakukan rakaman.
- Dapat menghentikan rakaman buat seketika dan menyambung kembali rakaman tersebut bila-bila masa.
- Membina beberapa helaian papan putih.
- Undo dan redo boleh dilakukan semasa proses membina helaian papan putih.
- Terdapat lebih daripada 10 pilihan warna dakwat.
- Akaun pendaftaran percuma.
- Dapat berkongsi bahan pelajaran yang dibina melalui e-mel, Facebook dan Twitter.
- Dapat memasukkan bahan pelajaran pada blog atau laman web.
KELEBIHAN EDUCREATION DALAM PENDIDIKAN
- Memberikan pilihan kepada pelajar kerana bahan pengajaran dapat diulang guna sehingga seseorang pelajar mencapai tahap kefahaman mereka
- menggunakan aplikasi Educreation untuk menunjukkan konsep-konsep penting kepada pelajar
- Pelajar dapat berkongsi video rakaman pembelajaran antara mereka bagi memudahkan kefahaman melalui e-mel, Facebook dan Twitter.
LANGKAH PENGGUNAAN EDUCREATION
Berikut adalah contoh bahan pengajaran yang disediakan dengan menggunakan Educreation:
- Matematik
Topik 1:Fractions On A Number Line And Chart
Topik 2: Pythagorean Theorem
Topik 3: Symmetry
Topik 4: Subtracting Fractions With Like Denominators
Topik 2: Pythagorean Theorem
Topik 3: Symmetry
Topik 4: Subtracting Fractions With Like Denominators
- Sains
Topik 2: Water Cycle
Topik 3: Cell Transport 1c-d
Topik 4: Ocean Floor
- Bahasa
Topik 4: Figurative Language
No comments:
Post a Comment